Monopolistik
Maksud monopolistik atau bermonopoli ialah satu struktur pasaran yang terdiri daripada banyak firma yang mengeluarkan barang yang berbeza sedikit tetapi mempunyai barang pengganti hamper antara satu sama lain serta mempunyai kuasa pasaran.Contoh produk ialah sabun, ubat gigi, kasut, makanan dan lain-lain.Contoh firma monopolistik ialah samsung,unilever dan lain-lain.
Ciri-ciri monopolistik:
1) kebebasan keluar masuk
firma boleh keluar jika mengalami rugi dah boleh masuk bila-bila untuk dapatkan untung normal.
2) Produk yang berbeza
Barang yang dihasilkan berbeza dari segi fizikal di antara firma tetapi merupakan pengganti hampir.
3) Persaingan bukan harga
Firma-firma dalam pasaran bermonopoli menjalankan dua bentuk persaingan iaitu persaingan harga dan persaingan bukan harga.Bentuk-bentuk persaingan bukan harga seperti iklan, promosi jualan, tawaran istimewa, reka bentuk baru dan peraduan-peraduan yang perlu disertakan dengan bukti pembelian.
4) Bilangan firma yang banyak
Pasaran ini mempunyai banyak firma tetapi kurang daripada pasaran persaingan sempurna.
Comments
Post a Comment