Pendekatan sifat dalam kepimpinan


Pendekatan sifat dalam kepimpinan


   Pendekatan sifat ialah satu penyelidikan terhadap sifat dan ciri-ciri spesifik yang membezakan seorang pemimpin dengan bukan pemimpin. Ia adalah satu perspektif kepemimpinan yang tertua dan berkuasa selama beberapa dekad. Pendekatan ini bukan focus kepada proses seseorang pemimpin untuk mempengaruhi orang lain tetapi berfokus kepada sifat pemimpin itu. Pendekatan ini menyatakan bahawa kewujudan sifat kepemimpinan bukanlah sesuatu yang dibentuk tetapi lahir scara semula jadi. Antara pemimpin-pemimpin yang disegani adalah Napoleon Bonapatte, Winston Churchill, Mahatma Gandhi, Sukarno, Jamal Nasir dan Ayatullah Khomeini. Para penyelidik telah membuat banyak analisis sehingga menghasilkan beberapa sifat penting yang perlu ada pada seseorang pemimpin.Antaranya ialah :

Keinginan
Pemimpin mempunyai keinginan untuk mencapai kejayaan dalam tugasan, bijak mengambil peluang dan kesempatan serta berusaha untuk mencapai matlamat organisasi.

Kehendak untuk Memimpin
Pemimpin yang baik bukan hanya berkeinginan untuk berjaya sahaja, malah mereka menginginkan kuasa , ingin memimpin iaitu lebih suka memimpin daripada dipimpin oleh orang lain.

Kejujuran dan Keikhlasan
Pemimpin yang baik bersifat jujur dan ikhlas. Mereka melakukan apa yang telah dijanjikan , membolehkan orang lain percaya kepada mereka.

Keyakinan diri 
Tugas seseorang pemimpin sangat mencabar, mereka akan menghadapi pelbagai halangan dan rintangan dalam urusan organisasi. Keyakinan diri seseorang pemimpin membolehkannya menghadapi halangan itu, membuat keputusan yang betul dan menyakinkan orang lain . Sifat ini perlu untuk menjadikan wawasan pemimpin suatu kenyataan .

Kebijaksanaan
Pemimpin berusaha untuk menunjukkan kebijaksanaan , membentuk wawasan, menyelesaikan masalah dan memperbetulkan keputusan dalam menjalankan tugas tetapi mereka tidak semestinya pintar .Mereka berupaya menunjukkan kebolehan menganalisis, membuat pertimbangan dan berfikir secara strategik.

Pengetahuan berkaitan Kerja
Pemimpin yang berkesan mestilah mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai syarikat, industri dan perkara teknikal serta pandai menerangkan maklumat-maklumat yang ada pada mereka kepada orang lain.













Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis kuasa yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin

Monopolistik

Teori Kontigensi – Situasi