Pengganti Untuk Kepimpinan
Pengganti Untuk Kepimpinan
Situasi di mana gaya pemimpin tidak penting. Situasi dan pemboleh ubah yang boleh menggantikan atau meneutralkan ciri kepimpinan. Terdapat situasi tertentu dalam mana kepimpinan tidak diperlukan. Ciri subordinat yang boleh menyebabkan gelagat pemimpin menjadi tidak diperlukan ialah kebolehan, pengalaman, keperluan untuk kebebasan, orientasi profesionalisma dan sikap berkecuali terhadap ganjaran organisasi. Pekerja yang mempunyai tahap kebolehan yang tinggi dan berpengalaman mungkin tidak memerlukan arahan tentang apa yang perlu dibuat. Ciri tugas yang boleh menjadi pengganti kepada kepimpinan termasuklah darjah kerutinan, keterdapatan maklum balas dan kepuasan intrinsik. Apabila tugas adalah ringkas dan rutin, subordinat mungkin tidak memerlukan arahan. Andaikata tugas adalah mencabarkan dan dapat memuaskan pekerja secara intrinsik, maka subordinat mungkin tidak memerlukan sokongan sosial daripada pemimpin. Ciri organisasi yang boleh menjadi pengganti kepada kepimpinan termasuklah formalisasi, keeratan kumpulan, ketidakfleksibelan dan struktur ganjaran yang ketat. Apabila polisi dan amalan dalam organisasi adalah formal, kepimpinan mungkin tidak diperlukan untuk mengawal gelagat subordinat
Comments
Post a Comment