Situasi kepimpinan

Situasi kepimpinan dapat dibahagikan kepada 3 elemen

1) Hubungan pemimpin – ahli
Pemimpin diterima oleh kumpulan ahlinya dan mendapat sokongan, penghormatan dan kepercayaan daripada mereka.
2) Struktur tugas
Tugas didefinisikan dengan baik, prosedur yang khusus dan mempunyai matlamat yang jelas dan nyata.
3) Kedudukan kuasa
Pemimpin mempunyai autoriti formal yang lebih tinggi daripada pekerjanya dalam penilaian kerja, penentuan tugas dan pemberian ganjaran serta hukuman.

Terdapat banyak kajian yang meyokong teori Fiedler, kerana gaya kepimpinan yang berbeza sesuai dengan situasi yang berlainan. Padanan gaya kepimpinan dan situasi yang baik dapat meningkatkan keberkesanan organisasi. Terdapat juga kritikan yang mendakwa bahawa teori Fiedler telah mengabaikan pembolehubah lain yang juga penting seperti sifat pengikutnya. Selain daripada itu, Fiedler juga dikatakan mengabaikan pemimpin yang terletak di antara skel LPC.

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis kuasa yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin

Monopolistik

Teori Kontigensi – Situasi