Sumber Kuasa Dan Pengaruh Pemimpin
Sumber Kuasa dan Pengaruh Pemimpin
Kuasa biasanya dirujuk sebagai kebolehan seseorang dalam mempengaruhi kelakuan orang lain . Mintzberg pula melihat kuasa sebagai keupayaan untuk memberi kesan ke atas kelakuan orang lain. Sebagai contohnya, seseorang ketua boleh mengarah subordinatnya melakukan sesuatu dengan kuasa yang ada terhadapnya. Biasanya kuasa bagi seseorang pemimpin dating daripada kedudukannya dalam sesebuah organisasi. Kedudukan seseorang pemimpin memberi kuasa kepadanya untuk melakukan sebarang tindakan yang berkaitan dengan kerja subordinatnya. Dalam sesebuah organisasi, terdapat enam jenis sumber kuasa yakni kuasa sah, ganjaran, paksaan, kepakaran dan rujukan dan maklumat selain kuasa karismatik.
Comments
Post a Comment