Teori Kontingensi Fiedler

Teori Kontingensi Fiedler

Teori dikemukakan oleh Fred Fiedler. Beliau ingin mengkaji sama ada pemimpin yang luwes dalam menilai pekerjanya akan mempunyai kumpulan berprestasi tinggi berbanding pemimpin yang diskriminasi dan menekan. Keberkesanan pencapaian dalam kerja kumpulan adalah bergantung kepada gaya interaksi antara pemimpin dengan pekerjanya, iaitu keupayaan pemimpin mengawal dan mempengaruhi keadaan.  Sekiranya gaya kepemimpinan tidak sepadan dengan situasi, maka situasi harus diubah atau alternatif lain ialah menggantikan pemimpin lain yang sesuai dengan situasi tersebut.  Secara ringkasnya, gaya pemimpin adalah berorientasi tugas atau berorientasi hubungan. Gaya kepimpinan adalah sukar untuk berubah . Matlamat ini adalah untuk memadankan gaya pemimpin dengan situasi organisasi . Menganalisis gaya pemimpin yang sesuai (paling baik) untuk sesuatu situasi . Menurut Fiedler, gaya kepimpinan seseorang adalah tetap dan tidak boleh dibangunkan. Hanya terdapat dua cara untuk membangunkan keberkesanan kepimpinan. Cara pertama  adalah membawa pemimpin baru yang lebih sesuai dengan situasi berkenaan. Cara kedua adalah mengubah situasi untuk menyesuaikannya dengan pemimpin . Fiedler telah memperkenalkan satu kaedah untuk mengukur gaya kepimpinan iaitu skala “rakan sekerja paling tidak digemari (LPC)”. Ia mengandungi 16 pasangan personaliti bandingan dan setiapnya diberi kadar dari 1 hingga 8. Untuk memahami dengan lebih mendalam model Fiedler, kita perlu memahami dahulu gaya kepimpinan.  Fiedler mendakwa bahawa pemimpin cenderung untuk mengamalkan salah satu cara kepemimpinan seperti di bawah iaitu kepimpinan yang berorientasikan perhubungan, kepimpinan yang berorientasikan tugas, sekiranya pemimpin menerangkan LPC dengan menggunakan kesan positif, dia katakan berorientasikan perhubungan dan dia adalah seorang pemimpin yang sensitif serta mengambil berat terhadap perasaan pekerjanya. Jika pemimpin pemimpin menerangkan LPC dengan menggunakan kesan negatif, dia adalah seorang pemimpin yang berorientasi tuga dan dia menekankan nilai tugas yang akan dicapai tanpa mengambil berat terhadap perasaan pekerjanya. Selepas menilai gaya kepimpinan asas seseorang melalui skala LPC, adalah perlu untuk menilai situasi yang dapat memadankan pemimpin dengan situasi yang sesuai.


Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis kuasa yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin

Monopolistik

Teori Kontigensi – Situasi